Frog adalah VLE yang dipilih bagi projek 1BestariNet. Frog
mempunyai fungsi sebagai komuniti pembelajaran bagi seluruh warga
sekolah.
Persekitaran Pembelajaran Maya Frog, atau lebih dikenali sebagai VLE (Virtual Learning Environment) ialah satu sistem pembelajaran berdasarkan jaringan yang menyerupai pembelajaran dunia sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan serta menyemak markah menerusi VLE.

Para guru dan pelajar boleh mengakses berita sekolah
dan dokumen penting yang telah dikemaskinikan oleh pentadbir sekolah. Menerusi
Frog VLE dan sambungan internet 4G, pendidikan boleh dilaksanakan di mana jua,
pada bila-bila masa melalui Frog VLE yang berasaskan cloud computing. Dengan
ini, pembelajaran boleh dilaksanakan di mana-mana: di sekolah ataupun di rumah,
24 jam sehari, 7 hari seminggu!
Projek ini adalah penyelesaian bersepadu yang membolehkan
fungsi pengajaran dan pembelajaran, kolaborasi dan pentadbiran dilakukan
menerusi sistem Persekitaran Pembelajaran Maya.
No comments:
Post a Comment