Keputusan UPSR telah diumumkan Semua murid bersama ibu bapa telah berada di dewan sekolah. Guru Besar memberi analisis keputusan dan menyampaiakan murid terbaik UPSR
TAHNIAH DIUCAPKAN
Sambutan Hari Kanak-kanak dan Kokurikulum 2014
Pada 21 November 2014 Sambutan hari Kanak-kanak dan Penyampaian Hadiah Kokurikulum telah diadakan. Semua murid sesi petang telah berada di sesi pagi.
Acara senamrobik telah diadakan dan acara sukaneka telah dijalankan di padang dan diikuti acara persembahan murid yang diadakan di dewan. . Selepas itu acara penyampaian hadiah kepada murid yang terlibat dalam kokurikulum. Mereka telah menerima sijil daripada tuan guru besar.
Gambar-gambar sekitar majlis tersebut/

Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik 2014
Pada hari ini 19 November 2014 telah diadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik 2014 bertempat di dewan sekolah. Majlis ini bermula jam 2.30 petang.
Tetamu yang datang merasmikan majlis ini ialah En. Rozali bin Hj. Zaman dan para ibu bapa turut serta menyaksikan anak-anak mereka menerima hadiah . Selain itu terdapat acara persembahan murid bagi menyerikan majlis tersebut.
Gambar-gambar sepanjangn majlis tersebut.

Cara Log in VLE FROG
ID Yes 1BestariNet untuk daftar masuk tunggal yang diberi oleh Pentadbir Frog VLE sekolah akan membolehkan anda mengakses Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (Frog VLE). Setiap sekolah mempunyai URL yang tersendiri untuk tujuan log masuk. Untuk mendapatkan alamat URL sekolah anda, sila klik di sini. |
Lihat video ini untuk Log Masuk Pengguna Baru
|
Apa ity Frog VLE ?
Frog adalah VLE yang dipilih bagi projek 1BestariNet. Frog
mempunyai fungsi sebagai komuniti pembelajaran bagi seluruh warga
sekolah.
Persekitaran Pembelajaran Maya Frog, atau lebih dikenali sebagai VLE (Virtual Learning Environment) ialah satu sistem pembelajaran berdasarkan jaringan yang menyerupai pembelajaran dunia sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan serta menyemak markah menerusi VLE.

Para guru dan pelajar boleh mengakses berita sekolah
dan dokumen penting yang telah dikemaskinikan oleh pentadbir sekolah. Menerusi
Frog VLE dan sambungan internet 4G, pendidikan boleh dilaksanakan di mana jua,
pada bila-bila masa melalui Frog VLE yang berasaskan cloud computing. Dengan
ini, pembelajaran boleh dilaksanakan di mana-mana: di sekolah ataupun di rumah,
24 jam sehari, 7 hari seminggu!
Projek ini adalah penyelesaian bersepadu yang membolehkan
fungsi pengajaran dan pembelajaran, kolaborasi dan pentadbiran dilakukan
menerusi sistem Persekitaran Pembelajaran Maya.
Apa itu CHROMEBOOK
Chromebook adalah model komputer mudah alih
generasi baru yang dibangunkan secara bersama oleh pihak Google dengan beberapa
pengeluar peralatan komputer.
Ianya pantas (masa boot kurang daripada 8
saat), kurang selenggara diperlukan dan memfokuskan perkhidmatan awan
(cloud).
Dalam projek 1BestariNet chromebook dibekalkan
ke sekolah-sekolah melalui konsep chromelab atau makmal mudah alih chromebook
untuk digunakan di sekolah.
Malah para pentadbir sekolah telah didedahkan
dengan program outreach mengenai perlaksanaan projek ini pada akhir tahun
lepas.
Untuk makluman makmal chromebook ianya terdiri
daripada beberapa komponen seperti berikut dan ada sekolah mendapat satu set
atau dua set mengikut keperluan sekolah, berikut adalah senarai untuk satu set
chromecart mobile lab yang ada di sekolah :
·
1 rak pengecaj beroda
chromebook
· 41 chromebook (36
model wifi dan 5 model 4G)
·
1 zoom Yes 4G
·
1 AP wireless
·
1 Cache Machine
·
1 Pencetak Awan (cloud
printer
Sukan Tahunan Kali Ke-50
Pada Hari Sabtu 9.11.2014, pihak sekolah telah mengadakan acara Hari Sukan Sekolah. Sambutan kali ini dirasmikan oleh YDP PIBG, En. Rozali Hj. Zaman Acara bermula pada pukul 8.30 pagi.
Perbarisan Rumah Sukan
Acara pada pagi itu dimulakan dengan perbarisan masuk kontijen2 rumah sukan dan pasukan2 beruniform. Setelah kesemua kontijen berada di tengah padang, Ikrar kejohanan dibaca oleh adik Haikal Ramli dan diikuti oleh semua kontijen2 rumah sukan. Doa pula dibaca oleh Ustaz Roslan Yusof . Selepas itu, ucapan daripada Guru Besar dan ucapan perasmian oleh YDP PIBG, En. Rozali Hj. Zaman
Perasmian oleh YDP PIBG, En. Rozali Hj. Zaman
Acara bermula dengan larian 50m murid dan diikuti oleh acara 75m tahap satu dan 100m tahap dua. Selepas acara lari berganti antara sekolah dimenangi oleh pasukan dari SK Bandar Baru Putera)Lelalki dan Perempuan Johan) Setelah kesemua acara larian tamat,
Acara persembahan murid Tahap 1 diadakan dengan tarian yang memeriahkan majlis ini.
Majlis diteruskan dengan acara sukaneka ibubapa dan guru. Sukaneka kali ini meriah sekali dengan penglibatan yang 'sporting' daripada ibubapa dan guru. Kesemua yang terlibat mendapat cenderahati oleh pihak sekolah dan PIBG.
Kemuadian cara penutup dan penyampaian hadiah diadakan. Di peringkat akhir ini, pasukan rumah Biru menjadi juara bagi lelaki dan perempuan.

Juara Acara2 Penting
Acara terakhir ialah pengumuman juara sukan dan olahragawan dan olehragawati sekolah. Bagi pertandingan perbarisan tercantik dimenangi oleh rumah sukan (kuning). Perbarisan terbaik dimenangi oleh pasukan rumah Bendahara (kuning). Perbarisan badan uniform dimenangi pasukan Puteri Islam. Juara rumah sukan tahun ini dimenangi oleh pasukan rumah Panglima (biru).
Olahragawan & Olahragawati 2014
Olahragawan pula dimenangi adik Haikal Ramlie pula adik Raja Amirah Olahragawati. Kedua2nya dari rumah Panglima(Biru). Tahniah!
Subscribe to:
Posts (Atom)